Isnin, 29 November 2010

Touch My Heart

 Aku tertengok video ni, sangat terpegun dan ='(



tgk2 la, and try to think about it

Selasa, 16 November 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha

Just nak update blog aku. Beberape bulan lepas aku tulis puisi. Tak tau la Bagus ke x.
Sila2 la bace.

Gemilang, gemilang, gemilang,
Terbitmu ibarat fajar menerangi subuh hari yang suram,
Kegemilanganmu memberi harapan kepada sekalian umat,
Jasamu  akan sentiasa ku kenang hingga akhir waktu,
Selagi manusia mempunyai nafas ,
Kisah mu akan terus diceritakan.

Namun kini, berabad sudah berlalu,
Tahun berganti tahun,Hari silih berganti, Waktu berlari2,
Umat kita bertukar ganti,
Namun hilangmu tiada ganti,

Aku bukan mencari  harta bergunung tinggi,
Untuk hidup bagai maharaja parsi,
Aku bukan mencari harta berjuta bintang
Untuk hidup bagai saudagar  berisi,
Aku bukan mencari  sekawan timbunan rakan 
Untuk hidup berpoya-poya & bergembira
Aku bukan mencari kegemilangan ,
Untuk dikenang sepanjang zaman

Aku mencari  manakah penganti   Al- farabi
Untuk sama-sama kita cipta falsafah menngegar dunia,
Aku mencari manakah penganti Abdullah sinar,
Untuk sama-sama kita bongkar misteri ciptaan,
Aku mencari manakah penganti Al kindi
Untuk sama-sama kita cipta formula menggerak dunia
Aku mencari manakah pengganti Al-shafie
Untuk sama-sama kita belajar ilmu syar’ie

Mari kita bongkar rahsia alam ini,
Sains  teknologi pembantu misi
Mari kita bongkar rahsia kitab suci,
Sunnah dan hadis jadi bimbingan diri,
Mari kita bongkar  rahsia ilmu hisap,
Angkasa raya destinasi tuju diri,
Mari kita bongkar rahsia al-Siyasah
Khidmat bangsa tujuan diri,

Aku hidup kerana ya rabbi,
Aku hidup kerana, mencari keberkatan ilahi
aku hidup ingin berkhidmat demi agama  bangsa, dan negara
aku hidup  ingin berjasa pada nusa bangsa,
agar hidup jadi bererti.

Bangkitlah wahai bangsaku,
Bangkitlah dari tidurmu,
Tinggalkanlah rasa malasmu
Tinggalkanlah rasa rendahmu

Marilah kita lakar kegemilangan diri
Menerusi sains teknologi
Marilah kita cipta teknologi mesra,
Agar alam tersenyum mesra,
Mari kita cipta inovasi sensasi
Agar hidup penuh motivasi,

Lahirlah anak bangsa barjaya,
Lahirlah pemimpin berkarisma,
Lahirlah sainstis berfalsafah,
lahirlah pembidato petah berkata,
maka lahirlah Negara Berjaya.


The End.
what do you think?